Friday, August 6, 2010

Tindakan Malaysia Dalam Mengubati Penyakit Skizofrenia

Pihak kerajaan telah menjalankan kajian kesihatan dan mobiditi kebangsaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memahami faktor risiko seseorang individu terdedah kepada tekanan, iaitu punca utama Skizofrenia. Di samping kajian, kemudahan rawatan telahpun disediakan seperti Hospital Tanjung Rambutan didirikan khasnya untuk merawat pesakit mental termasuklah Skizofrenia dengan rawatan oral dan ubat antipsikotik yang telah dibuktikan. Salah satu perbadanan telah ditubuhkan iaitu Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA) bertugas untuk menyasarkan peranan pakar perubatan dalam mengenalpasti dan merawat penyakit mental. Ramai pesakit tidak mendapatkan rawatan dengan segera kerana tidak berkesan dengan kemunculan penyakit seperti ini sehingga sukar terpulih.

CHAN HUA ZHONG 204876

Jenis-jenis Rawatan Penyakit Skizofrenia

Terdapat beberapa jenis rawatan untuk mengubati penyakit skizofrenia seperti ubat-ubatan, psikoterapi atau kaunseling,dan rehabilitasi.Ubat-ubatan skizofrenia seperti Alhaloberdol dan Alklorobermazzin boleh meringankan gejala psikotik aktif yang berpositif dengan sepenuhnya seperti halusinasi audio dan delusi . Melalui rawatan kaunseling dapat membantu pesakit lebih memahami keadaan diri dan perasaan diri sendiri yang lebih mendalamnya. Rehabilitasi merujuk kepada satu proses yang berterusan untuk mengembalikan keupayaan seseorang pesakit akibat sesuatu peristiwa yang berlaku atau kecederaan.

TAN MEI CHI 204947

Langkah-langkah Mencegah Penyakit Skizofrenia

Langkah-langkah yang dapat mencegah penyakit skizofrenia ialah mempelajari teknik mengawal perasaan dan mengekalkan pemikiran yang positif. Di samping itu, mereka juga perlu bersenam dan mengamalkan pemakanan yang seimbang. Seterusnya, pengambilan zat omega 3 dan 6 secara seimbang dan ideal adalah penting bagi mencegah Skizofrenia. Hal ini disebabkan omega 6 mempercepatkan peradangan dan memicu respon depresi manakala omega 3 mengandungi unsur anti peradang dan dapat mengurangkan tekanan dengan berkesan.
Contoh makanan yang mengandungi omega 3

CHUNG YONG SIANG 205069

Statistik Penyakit Skizofrenia


Menurut Prof. Dr. Mohamad Hussain (Ketua Jabatan Perubatan Psikologikal Universiti Malaya) kebanyakan kaum lelaki jatuh sakit pada awal usia 16-25 tahun manakala kaum wanita mula menunjukkan gejala ini antara usia 23-36 tahun. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan skizofrenia menjejaskan 24 juta orang di seluruh dunia dengan kebanyakan mereka berusia antara 15-35 tahun. Walau bagaimanapun, daripada jumlah tersebut, 50 peratus tidak menerima rawatan yang sepatutnya yang membabitkan 90 peratus daripada negara membangun,termasuklah negara kita. Seterusnya, 10 peratus daripada penghidap penyakit tersebut membunuh diri atas kesengsaraan penyakit tersebut.


LIM CZE PING 205049

Kesan Penyakit Skizofrenia

Skizofrenia adalah sejenis penyakit mental dan gangguan otak yang wujud dalam pelbagai bentuk. Penyakit ini melibatkan kecelaruan pemikiran, emosi, persepsi, kelakuan dan pergerakan. Pesakit akan berkelakuan pelik seperti bercakap dan ketawa sendiri, mengabaikan kesihatan diri, mengalami insomnia(gangguan tidur) atau merayau tanpa hala tuju. Keadaan ini menyebabkan pesakit mempunyai perasaan rendah diri dan mengasingkan diri mereka daripada masyarakat.Kesannya , pesakit Skizofrenia akan membunuh diri atau melakukan jenayah seperti pembunuhan.



NG SHING HONG 204895

Simptom Skizofrenia 2


Tanda negatif seseorang yang menghidap penyakit Skizofrenia ialah alogia yang menyebabkan pesakit kurang bercakap dan seterusnya mewujudkan pengasingan sosial. Simpton penyakit Skizofrenia seterusnya ialah seseorang itu mengalami gangguan emosi. Emosi pesakit Skizofrenia juga boleh bercelaru dan tidak sejajar dengan apa yang mereka fikirkan. Contohnya fikiran pesakit penuh dengan kesedihan tetapi dia menyanyi kegembiraan.

SITI NUR WAHIDA BINTI ABDULLAH 204761

Simptom Skizofrenia 1

Psikosis dan pertuturan merapu merupakan tanda positif penyakit Skizofrenia. Psikosis menyebabkan pesakit mengalami delusi atau halunisasi. Delusi adalah kepercayaan karut yang sangat diyakini oleh pesakit seperti delusi kawalan manakala halunisasi berlaku apabila tiada stimulus dikesan oleh organ deria tetapi otak menginteprasi sehinggakan stimulus dirasa seperti wujud oleh pesakit. Contoh pertuturan merapu adalah meninggikan suara semasa menjawab soalan.

SITI SULEHA BINTI WOLI MUHAMMAD 205050

Punca Penyakit Skizofrenia 2

Skizofrenia adalah penyakit mental yang serius kerana pesakit akan mengalami gangguan pada saraf otak .Penyalahgunaan dadah boleh menyebabkan seseorang itu berhalunisasi dan mengalami pemikiran yang tidak teratur. Seseorang pesakit yang mengambil ubat secara berlebihan dos akan ketagih dan menggunakan ubat tersebut dalam kuantiti yang tidak terkawal . Kesannya,otak tidak dapat berfungsi dan mengalami tekanan mental yang serius.

MUHAMMAD AMIRUL AMIN BIN RAZALI 204799

Punca Penyakit Skizofrenia 1

Faktor genetik merupakan punca utama penyakit Skizofrenia. Skizofrenia merupakan penyakit turun temurun yang bermula daripada generasi terdahulu dan diwarisi oleh generasi akan datang dalam sesebuah keluarga .Trauma dan kecederaan pada otak mengakibatkan penyakit Skizofrenia. Seseorang yang mengalami trauma akan berfikiran negatif , berkelakuan aneh dan bersendirian. Sekiranya pencegahan awal tidak dilakukan, seseorang itu berisiko mengalami penyakit tersebut.

MOHAMMAD IZZUDDIN BIN MAT ARIFFIN 204944

Pengenalan Penyakit Skizofrenia


Skizofrenia adalah penyakit mental yang teruk dengan ciri-ciri kecacatan berterusan pada penerimaan seseorang pada gambaran alam sebenar .Istilah Skizofrenia diterjemah secara kasar sebagai “fikiran terkecai” dan juga dikenali sebagai masalah personaliti pelbagai . Secara spesifik,pesakit Skizofrenia adalah orang yang mengalami gangguan emosi,fikiran dan tindak laku. Penyakit ini ditemui pada awal abad ke-18 oleh Benedict Morer dan diberi nama Skizofrenia oleh Eugen Bleuber 20 tahun kemudian.

CHEE LEE YANG 204997